Humaira',
Kutahu ada segunung kesabaran di hatimu,
Meski sukmamu sekeras batu,
Dan egomu setinggi langit membiru.
Humaira',
Matamu jelas membingkai potret kedukaan,
Atas batu kerikil yang mencarik robek dan melukakan
Ku tahu jernih air di mata ini takkan pernah gersang,
Selagi ceritera penuh luka ini terus berlari dan terbang.
Humaira',
Hatimu setabah Khadijah,
Semurni Aisyah,
Menggenggam impian dan takkan mengalah,
Seperit usaha yang kau tumpah,
Agar buahnya mekar bercambah.
Humaira',
Dalam ku renung matamu,
Dalam jua maksud hatimu,
Jernih di hujung mata,
Ada rindu yang belum tiba,
Rindu ini,
Rindu agar segalanya bisa berubah,
Sekarang dan selamanya...
Nama sekadar mengisi ruang dalam sajak. Harap maklum. 12.44 tgh. Selasa.
kata hati
dalam hati ada kata, tapi bolehkan dihurai dek jiwa?
kategori
- cinta (1)
- hati (2)
- hidup (1)
- love (1)
- Menteri Besar (1)
- Nizar (1)
- Perak (1)
- Politik 2009 (1)
- sajak (1)
- Zambry (1)
yang terguris atau terlukis

Penulis bukan pro pembangkang, bukan juga delegasi kerajaan, namun sedikit sebanyak gembira dengan keputusan 2.30 petang tadi (11 Mei)... Mahkamah Tinggi telah mengishtiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.
Sejak berada dalam kalangan guru2 yang sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan siasah di Malaysia, penulis kadang kala turut membaca Akhbar Harakah dan mendengar perkembangan semasa politik Malaysia yang tidak pernah hilang kehangatannya sejak apa yang berlaku di negeri Dato' Maharaja Lela, pandangan rakyat mereka dan apa yang terjadi dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru -baru ini.Ada yang melompat gembira, ada yang bertakbir, ada yang mengucap syukur, ada yang menyebarkan SMS "kemenangan" ini dan pelbagai ragam yang penulis dapat lihat.
Apa-apa pun, tahniah Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin atas kecekalan dan ketabahan serta usaha yang dilakukan bagi memastikan "mahkota" miliknya berada di tempat yang adil, benar dan sepatutnya...
rujukan penulis: malaysiakini.com & mstaronline.com
Labels: Menteri Besar, Nizar, Perak, Politik 2009, Zambry
Dah selesai ker??? ye ke??
Kalau dah, alhamdulillah.....
Same2 kiter doa....
Moga semuanya berjalan ikut yang di rancang...
Saling membantu bagi yang perlu...
Ameen...

Manusia zaman sekarang mudah mengungkapkan kata2 cinta. Bukan segelintir, tetapi hampir keseluruhan manusia melakukan sedemikian... kenapa perkataan ini begitu murah dilafazkan??? pernah saya terdengar seseorang mengatakan bahawa "love is an action, not by a word" ..... kan molek jika ini yang kita laksanakan.. bukan dengan beromong kosong semata-mata...
Itu baru satu kes, kekadang terdapat sesetengah melafazkan cinta atas sebab kecantikan rupa paras dan material semata-mata... kenapa kita tak mencintai seseorang atas agama, ilmu, keturunan dan sebagainya???
kan elok jikalau kita melafazkan kata2 ini dengan rasional yang kukuh???
contohnya:
"saya mencintai dan mengahwini awak kerana awak berjaya bersama saya, membaca hati saya dan mengubah hati saya kepada kebaikan dan membuang yang buruk dan lemah sehingga saya berasa bahagia memiliki awak. Terima kasih kerana menerima dikala baik dan buruknya saya, dahulu, kini dan selamanya. Dan usaha ini tidak mampu diusahakan oleh orang lain. Awaklah penyejuk hati saya."
fikir2lah yer....no comment... assalamualaikum...
~by: MR J~
p/s: ape2 pn... cinta allah, cinta selamanya
nak buat macam mana?? dah tak boleh buat apa.... jika tolak susah, jika tolak... hati yang sengsara.... apa yang merepek ni!!!!!!
Kamu asap...
Selubung hatiku
Kotori jiwaku
Sempitkan dadaku
Sesakkan nafasku
Dulu kamu kabus bak salju
Makin lama makin berdebu
Hadirmu lengkap berbau
Sakiti hidungku
Pedih mataku
Pergi!!!
Pergi kau dariku
Aku tak mengganggumu
Jadi jangan kau sakiti aku
Biarkan masa menjadi gerimis
Kerna itu akan menghalau kamu
Dan tenagkan hatiku
Moga sirnamu akan selamanya
Walau ku harap hadirmu semula
Sempurna dan bercahaya...


